Baru-baru
ini heboh diperkatakan mengenai seorang jururawat perempuan yang meninggal dunia akibat
kemalangan jalan raya di laman sosial seperti Facebook, Twitter, Whatsapps dan sebagainya.
Arwah Amirah Abdul Rahim, 25, dikatakan telah bergambar dengan hantu dalam cermin
dibelakangnya sebelum kemalangan berlaku.
Cerita tersebut kini tersebar di laman-laman sosial namun ia hanyalah satu rekaan yang
dibuat oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Jururawat
yang bernama Amirah, atau nama penuhnya Amirah Abd Rahim,25,tidak sempat
melangsungkan perkahwinannya yang dijadual 29 Ogos, apabila maut dalam kemalangan
dekat Pagoh, 24 Ogos enam hari sebelum perkahwinannya berlangsung.
Bapa Amirh, Abdul Rahim Sobri meluahkan rasa kesal atas tohmahan yang telah dilemparkan terhadap arwah anaknya dan mengecam pihak berkenaan yang bersikap tidak sensitif terhadap kesedihan yang dirasai oleh ahli keluarga mangsa.
"Kami sedih melihat gambar arwah diperlakukan seperti itu oleh pihak
tidak bertanggungjawab.
"Mereka tidak menanggung kesedihan ini, tidak kehilangan
ahli keluarga apatah lagi menjelang perkahwinannya.
Selain itu, Abdul Rahim turut merasa kesal dengan sikap individu yang biadap dan tergamak
mengubahsuai gambar anaknya itu.
"Kami
dapati gambar itu disunting kerana gambar asal tiada imej dalam cermin seperti
didakwa di laman sosial,” katanya.
Fakta sebenar menunjukkan Amirah
yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Klinik Kesihatan Bukit Gambir,
Ledang, maut di tempat kejadian apabila kereta Perodua Kancil yang dipandunya hilang
kawalan dan melanggar penghadang kiri Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), di
Kilometer 148.
Rempuhan
kuat di sebelah kiri keretanya menyebabkan dia cedera parah di badan dan kepala
sebelum disahkan meninggal dunia. -Norhayati Shaharun/KedahNews.Com