UPSR: Kertas Bahasa Inggeris Pun Bocor Juga!

Seramai 473,175 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu menduduki semula kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 ekoran kertas soalan bagi mata pelajaran itu turut dilaporkan bocor.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri Pendidikan ll, Datuk Seri Idris Jusoh, hari ini.

Terdahulu, kertas UPSR bagi mata pelajaran Sains 018, 028, 038 yang dijadualkan hari ini terpaksa ditangguhkan kerana terdapat laporan awal mengenai kebocoran kertas peperiksaan.

Pengarah Peperiksaan dari Lembaga Peperiksaan Negara, Dr Na'imah Ishak  semalam berkata, siasatan awal menunjukkan bahawa kandungan soalan bagi kertas peperiksaan Sains itu didapati mula tersebar di media sosial.

Beliau turut memaklumkan bahawa tarikh baharu bagi peperiksaan subjek berkenaan akan  ditetapkan pada 30 September ini.