WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan
ke atas kedudukan kumpulan Negara Islam (IS) dekat Baghdad, pertama
kalinya disasarkan berhampiran dengan ibu negara Iraq itu.
Seorang pegawai pertahanan AS berkata pesawat Amerika melancarkan satu serangan dekat Baghdad dan satu lagi di Gunung Sinjar di utara Iraq dalam tempoh 24 jam lalu.
Seorang pegawai pertahanan AS berkata pesawat Amerika melancarkan satu serangan dekat Baghdad dan satu lagi di Gunung Sinjar di utara Iraq dalam tempoh 24 jam lalu.
AS pada bulan lalu memulakan kempen serangan udara terhadap kedudukan
IS di utara Iraq tetapi pengumuman bahawa pesawatnya menyasarkan
militan berhampiran Baghdad menunjukkan skop misi itu diperluaskan.
"Tentera AS terus menyerang pengganas IS di Iraq, menggunakan pesawat
tempur dan pejuang untuk melakukan dua serangan udara pada Ahad dan
Isnin dalam membantu pasukan keselamatan Iraq dekat Sinjar dan barat
daya Baghdad," menurut US Central Command dalam satu kenyataan.
Serangan itu memusnahkan enam kenderaan IS dekat Sinjar dan pasukan IS
di barat daya Baghdad yang menembak kedudukan tentera Iraq.
Ia menjadikan keseluruhan serangan AS di Iraq sebanyak 162 kali. - AFP
Ia menjadikan keseluruhan serangan AS di Iraq sebanyak 162 kali. - AFP