Video: Jurugambar NSTP Dipukul Waris Mangsa #MH17


Seorang petugas media yang sedang membuat liputan kepulangan jenazah nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 mengalami kecederaan selepas dipercayai dipukul oleh ahli keluarga mangsa di Pusat Peringatan Nirvana Sungai Besi, tadi.

Jurugambar daripada kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Aizuddin Saad dipercayai ditumbuk dalam kejadian itu sehingga menyebabkan kecederaan, manakala kameranya turut rosak, lapor Mstar.com.my.


Namun, orang ramai termasuk petugas pusat peringatan berkenaan berjaya meredakan keadaan.

Aizuddin kemudian dihantar ke sebuah klinik berdekatan oleh kakitangan pusat peringatan itu untuk mendapatkan rawatan susulan. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com