Video Ngeri Viral: Remaja Maut Dibaham Harimau Putih!

NEW DELHI - Video yang memaparkan seorang remaja lelaki yang berdepan detik-detik mengerikan sebelum maut dibaham seekor harimau putih kira-kira 5 hari lalu masih menjadi perbualan hangat di kalangan masyarakat dunia.

Rakaman video yang dimuat naik ke laman Youtube itu turut menarik perhatian ramai rakyat Malaysia untuk menonton saat cemas kejadian malang tersebut.

Menurut sumber, remaja tersebut bertindak memanjat pagar zoo di New Delhi itu untuk merakam gambar harimau dengan lebih dekat ekoran kedudukannya yang kurang baik.

Malangnya, dia terjatuh ke dalam kandang harimau tersebut kemudiannya.

Katanya, harimau itu pada mulanya tidak bertindak aggresif terhadap remaja itu selama beberapa minit.

Namun tindakan orang ramai yang dikatakan panik, bersimpati, terkejut dan cuba menyelamatkan remaja itu dengan membaling batu ke arah harimau putih itu telah menyebabkan haiwan tersebut menjadi ganas serta menerkam mangsanya.

Berdasarkan rakaman video ngeri berkenaan, remaja tersebut dipercayai telah diserang di bahagian leher sebelum dibaham dengan ganas.

Berikut adalah video rakaman tersebut: -KedahNews.com