Hari ini, genap 51 tahun negara ni bernama Malaysia setelah sebelumnya dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu sejak tahun 1948.
Pada tahun 1963, Pesekutuan Tanah Melayu bergabung dengan negeri Sabah, Sarawak dan Singapura membentuk sebuah negara yang harmoni, berbilang bangsa, agama, budaya dan adat resam. Namun Singapura keluar dari Malaysia pada tahun 1965 dengan menubuhkan sebuah kerajaan republik.
Sepanjang itu, Alor Setar tidak terkecuali dari menerima arus pembangunan negara dan berubah dari masa ke masa mengikut peredaran zaman.
Sempena Hari Malaysia ke-51 kali ini, KedahNews.com berbesar hati untuk berkongsi sebuah klip video, memaparkan keadaan Alor Setar sekitar tahun 80'an sebelum berubah menjadi sebuah bandaraya.
Dapat dilihat dengan jelas perbezaan ketara membabitkan beberapa perubahan struktur dan transformasi yang berlaku di ibu negeri Kedah yang menjadi kebanggaan seluruh anak negeri Jelapang Padi ini.
Antara paparan menarik ialah di beberapa lokasi seperti Balai Besar DiRaja, Hospital Besar Alor Setar, Hotel Samila, stesen teksi utama, stesen bas Jalan Langgar dan persekitaran Masjid Zahir yang kini berubah wajah.
Saksikan video nostalgia Alor Setar sekitar tahun 80'an tersebut...