Mungkin ramai di kalangan kita, khususnya generasi muda yang "terlepas" dan tidak pernah melihat temasya persandingan DiRaja yang melibatkan detik-detik nostalgia kemeriahan istiadat perkahwinan Raja-Raja Melayu yang begitu disayangi rakyat.
Memang benar, rakyat di era-era terdahulu begitu dekat dengan Raja dan Kesultanan Melayu yang menjadi payung pada kedaulatan sesebuah negeri di Tanah Melayu ini.
Pun begitu, di zaman serba moden ini, terdapat segelintir pihak yang tidak sedar diri dan mungkin tidak tahu asal usul, tergamak melakukan onar dan bertindak derhaka terhadap Raja-Raja Melayu.
Justeru itu, KedahNews.com berbesar hati untuk menyiarkan sebuah klip video yang begitu menyentuh hati memaparkan istiadat persandingan DYMM Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dengan Sultanah Kedah, Almarhumah Tuanku Sultanah Bahiyah ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.
Video yang dimuat naik di Youtube Pathe News (British Pathe) berjudul 'Malayan Wedding (1956)' 'menggambarkan' kembali kemeriahan suasana semasa majlis perkahwinan DiRaja terbesar yang pernah diadakan di Tanah Melayu suatu ketika dahulu.

'Malayan Wedding' tersebut adalah majlis perkahwinan Yang Dipertuan Agong sekarang, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Almarhumah Tuanku Sultanah Bahiyah ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.
Tuanku Abdul Halim telah disatukan dengan Almarhumah Tuanku Sultanah Bahiyah pada 9 Mac 1956 di Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan.
Almarhumah merupakan puteri sulung Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman Muhammad yang juga Yang di-Pertuan Agong pertama Persekutuan Tanah Melayu.
Menurut tokoh sejarah Kedah, Datuk Wan Shamsuddin Mohd. Yusof, Tuanku telah berkenalan dengan Almarhumah ketika belajar di England.
Katanya, proses perkahwinan baginda berdua mengikut adat istiadat silam yang dimulai dengan majlis merisik, meminang, hantar belanja dan mas kahwin, akad nikah seterusnya kenduri kahwin.
“Proses itu sama seperti kebiasaan yang dibuat rakyat dengan menghantar rombongan meminang. Seperti lazimnya, beberapa barang hantaran berupa cenderamata termasuk cincin dan tepak sirih berisi buah pinang melambangkan majlis meminang,” kata Wan Shamsuddin yang dipetik dari laman Kosmo.com.my.
Kemuncak istiadat ialah pada hari ketiga apabila berlangsung upacara mandi-manda iaitu aktiviti simbah-menyimbah air. Acara diadakan di pentas khas yang dipanggil Panca Persada.
“Pada istiadat itu, baginda berdua saling menyiram air antara mereka selain turut dimeriahkan dengan kehadiran pembesar negeri dan rakyat jelata,” ujarnya lagi.
Hasil perkahwinan diraja ini, Tuanku berdua dikurniakan tiga puteri iaitu Tunku Soraya, Tunku Sarina (mangkat) dan Tunku Puteri Intan Safinaz.
Pada 26 Ogos 2003, Tuanku Sultanah Bahiyah mangkat di Istana Kuala Chegar, Anak Bukit.
Al-Fatihah kepada Almarhumah Tuanku Sultanah Bahiyah Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Semoga Rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman.
Dirgahayu Tuanku... - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com