Rumah kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di jalan Pinhorn diletupkan dengan sebutir bom petrol yang dilemparkan oleh seorang penunggang motosikal, malam semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 malam itu, Guan Eng berada dalam rumah bersama isterinya, Betty Chew dan dua anak lelaki mereka.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, 'molotov cokctail 'itu meletup di kawasan letak kereta namun tidak mencederakan sesiapa atau merosakkan harta benda.
"Polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di hadapan kediaman itu dan mendapati seorang lelaki menaiki motosikal membaling bom petrol ke dalam kawasan rumah berkenaan sebelum melarikan diri," katanya yang dipetik dari laman Sinarharian.com.my.
Menurutnya, siasatan forensik awal mendapati botol yang dilempar itu dipenuhi minyak tanah. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com
Menurutnya, siasatan forensik awal mendapati botol yang dilempar itu dipenuhi minyak tanah. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com