Kuala Lumpur - Bimbang diberkas polis menyebabkan seorang wanita
bertindak agresif memecut kenderaan sebelum melanggar empat kereta
berhampiran Jinjang, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian jam 3 petang, suspek berusia 32 tahun yang memandu
kenderaan curi Honda CRV cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran
kereta peronda polis.
Bagaimanapun tindakan pantas polis berjaya menahan suspek bersama
seorang lagi remaja perempuan berusia 17 tahun di dalam kenderaan itu.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, kejadian bermula apabila anggota polis yang melakukan rondaan di kawasan itu melihat kenderaan dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, suspek dilihat berhenti di hadapan sebuah sekolah di Jinjang, di sini, sebelum seorang remaja perempuan berusia 17 tahun membuka pintu untuk masuk ke dalam kenderaan itu. -myMetro