Australia merupakan tempat paling mahal untuk pelajar antarabangsa
melanjutkan pelajaran di universiti, mendahului Singapura dan Amerika
Syarikat (AS), menurut satu kajian.
Kajian itu turut menyatakan bahawa India merupakan tempat paling murah bagi pelajar asing menyambung pengajian tinggi.
Laporan kajian oleh bank gergasi HSBC, menerusi tinjauan terhadap 15
negara, berkata pelajar asing memerlukan AS$42,000
(RM134,401.16) setahun untuk membayar yuran universiti dan kos sara
hidup di Australia.
Ia hampir AS$3,000 (RM9,597.74) lebih dari Singapura, dan AS$36,000
(RM115,167.21) lebih tinggi dari bayaran yang diperlukan oleh pelajar
asing untuk melanjutkan pelajaran di India.
Selain kos, AS juga dilihat menawarkan pendidikan paling berkualiti,
diikuti Britain dan Jerman, manakala Australia menduduki tempat keempat,
menurut kajian itu dikeluarkan baru-baru ini.
"Sebab-sebab utama menghantar anak-anak ke luar negara kerana mahu
mempelajari bahasa-bahasa asing, pengalaman antarabangsa dan berdikari,"
kata ketua pengurusan kekayaan HSBC, Simon Williams.
"Tetapi pendidikan antarabangsa membawa satu dimensi tambahan yang rumut untuk merancang, terutama perancangan kewangan.
"Kebanyakan pendidikan luar negara dibiayai oleh ibu bapa, dan konsep
dana kolej ditubuhkan secara terancang di AS, yang dilihat masih tidak
dilakukan di tempat-tempat lain," katanya. - AFP