Zarina Anjoulie Meradang Dituduh Bercinta Dengan "Awang Hitam"!

Aktres dan model seksi Zarina Anjoulie Lavoca, 27, sememangnya sering dikaitkan dengan kontroversi-kontroversi panas dan yang terkini dia dikatakan  sedang hangat bercinta dengan seorang lelaki. 
Namun apa yang peliknya dia dikaitkan dengan "awang hitam" atau "pak hitam", benarkah begitu?
Bukan itu sahaja, satu lagi khabar angin tersebar di laman sosial mendakwa Zairna juga telah berkahwin secara senyap dengan seorang Datuk.

Namun, khabar angin tersebut telah dinafikan tuan punya badan sendiri dengan menyifatkannya sebagai tidak masuk akal!

Mengulas mengenai isu tersebut, Zarina sendiri terkejut serta menegaskan tidak tahu menahu tentang tohmahan yang dilemparkan padanya itu.
Dia benar-benar tidak tahu bagaimana dan dari mana cerita ini tiba-tiba timbul sedangkan perkara tersebut tidak berlaku pada dirinya dan ia hanyalah satu penipuan.

"Saya pun tak faham..angin tak dak ribut tak dak, tahu-tahu orang cakap saya bercinta dengan 'Pak Hitam'," katanya dengan nada marah.

"Tak cukup dengan itu, orang pula kata saya sudah berkahwin senyap-senyap dengan seorang Datuk. Benda tu semua tidak masuk akal," jelasnya lagi.

Zarina menegaskan bahawa ketika tersebarnya gosip tersebut dia tidak berada di dalam negara kerana sedang berada di Indonesia atas urusan kerja.

"Kalau betul saya sudah berkahwin, saya berkahwin dengan siapa? Mana suami saya?

"Saya sendiri tidak tahu. Saya pun nak tahu juga dengan siapa saya berkahwin," kesal Zarina menjawab persoalan hangat itu.

Zarina memberitahu bahawa dia hanya mendapat tahu mengenai cerita -cerita karut itu daripada sahabatnya yang menanyakan soalan mengenai bercinta serta berkahwin dengan lelaki bergelar "Datuk".

Pelakon yang pernah mengejutkan industri hiburan tanahair dengan beberapa gambar aksi "terlampau" itu  kini sudah jarang menerima tawaran berlakon dan sedang sibuk menumpukan perhatian kepada pengajian serta perniagaannya. -Norhayati Shaharun/KedahNews.com