Seorang ibu tidak marah-marah, tidak membuat sebarang laporan polis atau mengambil tindakan undang-undang pada seorang guru walaupun guru tersebut telah menampar anaknya dengan kuat.
Ibu tersebut yang hanya dikenali sebagai Zeeda Aziz, memuatnaik status menceritakan pengakuan anaknya yang pernah ditampar guru namun takut untuk menceritakan peristiwa itu padanya.
Tegas Zeeda, guru yang menampar anaknya itu menepati kriteria yang dia tetapkan malah mahu guru terbabit menjadi tutor peribadi untuk anaknya.
"Anak2 aku lebih takut aku dari guru mereka. Knowing that his teacher once slapped him, I hired her to be my kids private tutor. She meets my requirement. Tegas. Old school teaching method," katanya yang dipetik dari laman sosial Facebook.
Sebelum ini, ramai di kalangan ibu bapa yang bertindak membuat laporan polis sekiranya anak-anak mereka diapa-apakan oleh pihak guru atau sekolah.
Adakalanya, segelintir ibu bapa memberi amaran pada guru-guru di sekolah supaya jangan cuba-cuba menjentik "anak kesayangan" mereka yang "baik-baik" belaka.
Jika diikutkan budaya di zaman "old school" dulu, ibu bapa menyerahkan anak-anak mereka kepada pihak sekolah untuk dididik sambil meninggalkan "pesan keramat" yang mampu membuat anak mereka "berubah wajah".
Antara pesan yang menjadi kegemaran ibu bapa di zaman "old school" dulu ialah...
"Cikgu, saya serahkan anak saya ni untuk cikgu didik jadi manusia yang berilmu. Kalau dia buat salah, dendalah, pukullah... buatlah apa yang patut. Jangan sampai patah riuk atau cacat sudahlah"
Persoalannya, mengapa ibu bapa kini tidak mencontohi ibu bapa di zaman "old school"?
Adakah cara ibu bapa "old school" itu tidak membuahkan hasil yang baik atau memang ibu bapa di zaman ini yang tidak tahu menilai? Apa pandangan anda? -KedahNews.com