Pelakon dan penerbit filem, Ziela Jalil, tampil memberi penjelasan mengenai tindakannya mengkaburkan bahagian dada pada sekeping gambarnya yang dimuat naik ke laman sosial Instagram baru-baru ini yang menjadi kritikan ramai peminat.
Menurut Ziela, dia bertindak demikian bukanlah disebabkan baju yang dikenakan itu jarang, namun jelas penerbit itu gambar tersebut mempamerkan bahagian dadanya yang agak "terdedah" sehingga mampu menimbulkan kontroversi yang kurang enak.
"Baju jarang? Bukan jarang sebenarnya. Baju itu nampak dada jadi saya ambil tindakan untuk kaburkan bahagian dada sebelum muat naik gambar itu di Instagram.
"Tapi nampaknya sesetengah orang kita ini memang suka tengok gambar yang tak dikaburkan itu. Selepas itu nak kritik dan hentam pula.
"Kalau orang muat naik gambar saja, sibuk nak tengok bahagian-bahagian yang tak perlu. Kalau gambar itu kecil pun sanggup ambil (screenshot) supaya boleh zoom dan jadikan isu," jelas pelakon bertubuh montok itu yang dipetik dari myMetro, baru-baru ini.
Gambar yang dikaburkan itu mencetus spekulasi hangat di kalangan peminat apabila ada yang mendakwa gambar tersebut sengaja dikaburkan ekoran baju Ziela yang terdedah dada, terlalu ketat dan sebagainya.
Ekoran tindakan Ziela mengkaburkan bahagian dadanya itu, segelintir peminat turut menyarankan supaya penerbit itu tidak memuat naik gambar tersebut di laman Instagramnya. -KedahNews.com