MADINAH - Lebih daripada 100 buah masjid di bandar suci umat
Islam ini akan dimusnahkan untuk memberi laluan kepada pembesaran Masjid
Nabawi, kata Kementerian Hal Ehwal Islam dan Wakaf kepada Saudi
Gazette.
Sebanyak 95 hartanah dan 126 buah masjid secara keseluruhannya di
bandar suci ini akan diruntuhkan untuk projek pembesaran Masjid Nabawi
yang dipercayai menelan belanja sebanyak AS$20 bilion (RM65 bilion) bagi
kerja-kerja pengubahsuaian dan pembesaran seperti Masjidilharam di
Mekah.
Ketua Pengarah Kementerian Hal Ehwal Islam cawangan Madinah Dr
Muhammad Al Amin berkata, sebahagian bangunan itu telah dikosongkan
sementara sebagai usaha mengosongkan yang lain masih dilakukan.
Menurutnya, jawatankuasa khas juga dibentuk untuk membeli unit rumah lain yang dirobohkan. - Agensi