Di Malaysia, untuk bekerja di mana-mana agensi swasta atau kerajaan,
perlu diingat bahawa kelulusan minima yang perlu ada ialah SPM (Sijil
Pelajaran Malaysia). Bukan itu sahaja tetapi pelajar juga harus aktif
dalam ko-kurikulum dan mendapat komen positif dalam sijil berhenti
sekolah.
Ini adalah penting, walaupun seseorang itu tidak berminat,
berkemampuan atau layak untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading,
perkara yang disebutkan tadi mestilah ada untuk rujukan bakal majikan.
Ini perlu difahami dan senario ini mungkin berbeza dengan negara-negara
lain
Berikut adalah 16 kerjaya yang yang boleh memberi pulangan yang
lumayan kepada yang berminat, walaupun anda tidak mempunyai ijazah dari
universiti.
|
Juruterbang bertauliah boleh sampai ke ratusan ribu ringgit. |
1. Juruterbang
Kerjaya ini memerlukan modal yang besar kerana kursus yang ditawarkan
sebelum anda menjadi seorang juruterbang bertauliah boleh sampai ke
ratusan ribu ringgit. Walaubagaimana pun, gaji yang bakal anda terima
juga amat lumayan sekali. Terdapat beberapa akademi yang menyediakan
kursus Commercial Pilot Licence, seperti
Malaysian Flying Academy yang terletak di Melaka.
2. Penasihat Kewangan
Juga dikenali sebagai ‘wealth advisor’ merupakan individu yang mengurus
dan memberi khidmat nasihat terhadap pelaburan kewangan anda, sebagai
contoh dalam unit amanah. Semua bank dan institusi kewangan ada
menawarkan banyak pilihan kepada pengguna untuk melaburkan wang mereka.
3. Agen Insuran
Cara untuk menjadi ejen insuran ialah pemohon perlu lulus ujian
berkaitan. Antara syarikat yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dan
popular di Malaysia adalah
Takaful Ikhlas Sdn Bhd,
Prudential BSN Takaful Berhad,
Etiqa Takaful Berhad dan lain-lain. Terbukti telah ramai yang berjaya malah menjadi jutawan selepas menceburi bidang ini.
4. Agen Hartanah
Menjadi ejen hartanah atau
property agent juga boleh mendatangkan pulangan dan kepuasan yang besar kepada sesiapa yang berminat. Baca di
sini berkaitan
pensijilan yang diperlukan untuk menjadi ejen hartanah profesional.
Broker Rumah, Broker Tanah, ini adalah istilah lain yang biasa kita
dengar. Mereka ini telah berjaya mengaut keuntungan yang amat lumayan
hasil daripada ‘mark-up’ harga hartanah yang dijual. Ada yang menjangkau
angka RM50,000 untung atas angin selepas satu jualan yang telah
dihasilkan. Senarai maklumat atau ebook berkaitan hartanah di Malaysia
boleh baca di
sini.
Bagi mereka yang berminat untuk bekerja di dalam bidang ‘oil and gas’ seperti di
Petronas,
MMHE,
Schlumberger, Talisman Energy, untuk menjadi tenaga kerja pakar dan
berkelayakan, anda perlu menduduki sijil-sijil profesional yang
ditawarkan oleh CSWIP dan
Jabatan Pembangunan Kemahiran (SkillsMalaysia).
Rig Operator / Operator pelantar minyak di antara kerjaya yang menjanjikan pendapatan tinggi.
Kebaikan sijil yang dikeluarkan CSWIP ialah ia diiktiraf diperingkat
antarabangsa dan bukan sahaja di Malaysia. Antara sijil, dan seterusnya
kerjaya yang anda boleh ceburi ialah;
5. Welding Inspector
6. Welding QC Co-ordinator
7. Plant Inspector
8. Offshore Inspection
9. Non-destructive Testing
10. Plastics Welders
11. Welder (ini juga terdapat pelbagai-bagai pengkhususan)
Satu lagi badan yang banyak menawarkan sijil-sijil profesional ialah
NIOSH atau National Institute Of Safety and Health (Malaysia).
12. Safety & Health Officer
Bidang tugas ialah untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di
sesuatu premis pekerjaan / organisasi itu mengikut standard NIOSH
DOSH. (Jangan lupa, gaji besar tetapi tanggungjawab juga besar).
13. Rig Operator / Operator pelantar minyak
Pekerja am yang membantu kerja-kerja di atas pelantar minyak.
Kebanyakkan latihan diperolehi dari masa ke semasa semasa menjalankan
tugas.
Kepada calon yang mempunyai kebolehan dalam bidang elektrikal, mereka
bolehlah mengambil kursus berikut di Institut Latihan Perindustrian
(ILP) yang berdekatan.
14. Wireman
Untuk melaksanakan pemasangan elektrik dan pengujian di tapak. Wireman
ini juga mempunyai pelbagai peringkat membolehkan mereka mengendalikan
litar satu fasa atau tiga fasa untuk kawasan kediaman atau komersil.
15. Chargeman
Mengendalikan sistem elektrikal Voltan Melebihi Voltan Rendah ( Tanpa
Talian Aerial dan Stesen Janakuasa Voltan Melebihi Voltan Rendah)
16. RoHS officer
RoHS atau
Restriction of Hazardous Substances Directive adalah
satu arahan untuk menyekat penggunaan daripada bahan-bahan berbahaya
tertentu dalam peralatan elektrik dan elektronik. Di Malaysia, banyak
syarikat pembuatan antarabangsa memerlukan pegawai RoHS untuk memeriksa
dan mengesahkan barangan mereka memenuhi standard RoHS.
Terdapat banyak agensi yang menyediakan kursus pensijilan kepada mereka yang berminat untuk menjadi pegawai RoHS
Berikut adalah serba sedikit kerjaya yang terdapat di Malaysia yang tidak memerlukan ijazah universiti.
Kepada pelajar yang mempunyai keputusan SPM yang tidak
begitu cemerlang, jangan takut. Banyak jenis pekerjaan yang boleh anda
ceburi. Apa yang anda perlu ada ialah usaha dan semangat yang tinggi
untuk berjaya.
Jadi, yang mana satu kerjaya pilihan anda?