79 Dikompaun Hisap Rokok Di Tempat Awam, Nak Merokok Lagi?

KUALA LUMPUR – Sebanyak 179 individu dikenakan kompaun kerana merokok di tempat awam dalam satu operasi Kementerian Kesihatan pada 30 September lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 17 pemilik premis turut dikenakan kompaun kerana gagal mempamer tanda larangan merokok di premis masing-masing.

“Seramai 133 individu terbabit dikompaun kerana merokok di kompleks beli belah, 45 perokok dikompaun kerana merokok di tempat makan berhawa dingin dan satu perokok dikompaun kerana merokok di kedai berhawa dingin.

“Mereka dikenakan kompaun minimum RM250 setiap seorang,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Noor Hisham berkata, pemilik premis yang tidak memasang tanda larangan merokok turut dikenakan kompaun RM250.

Menurut beliau, mereka yang gagal menjelaskan kompaun itu boleh didakwa di mahkamah dan didenda maksimum RM10,000 atau dipenjara maksimum dua tahun. 

Sumber: Mynewshub.cc