Gambar Hiasan |
Kota Kinabalu - Tujuh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
berpangkalan di Sepanggar yang dalam perjalanan ke Stesen Uniform
berdekatan Pulau Layang-Layang, Labuan dengan menaiki bot tempur jenis
CB90 bernombor panji CB204 terputus hubungan, jam 11.00 pagi tadi.
Sehingga kini bot berkenaan masih belum ditemui dan usaha mencari
sedang giat dilaksanakan termasuk bantuan dari Kapal Diraja (KD) Lekiu
dan KD Serang.
Difahamkan bot CB204 dipercayai berlepas dari pangkalan TLDM Sepanggar ke Stesen Uniform pada jam 5 pagi bersama KD Paus.
Ketika tiba di lokasi kejadian kira-kira 23 batu nautika di Pulau Mengalom, keadaan laut bergelora dan KD Paus membuat panggilan pada jam 10.35 pagi ke pusat operasi di pangkalan TLDM untuk berpatah balik berikutan cuaca tidak mengizinkan.

Bagaimanapun, CB204 gagal dikesan dan hilang dari pemantauan KD PAUS sebelum terputus hubungan pada jam 1.05 petang.
Sementara itu, Panglima TLDM Laksamana Datuk Seri Abdul Aziz Jaafar
menerusi akaun twitternya, mengesahkan kejadian itu dan meminta orang
ramai mendoakan keselamatan anggota terbabit.
CB90 adalah antara aset terpenting milik TLDM kerana kemampuannya untuk tiba ke lokasi sasar dalam masa terpantas.
Bot tempur itu juga boleh beroperasi di kawasan air cetek sama ada lautan mahupun sungai atau tasik.
Bot ini turut digunakan oleh TLDM di kawasan-kawasan sensitif termasuk di Sabah bagi menangani sebarang pencerobohan musuh. -myMetro