Bagaimanakah kehidupan seramai 90 orang di dalam sebuah rumah pangsapuri berkongsi dua tandas dan tiga bilik tidur?
Persoalan itu antara yang diajukan kepada sekumpulan 90 warga asing
daripada etnik Uighur selepas mereka ditahan Jabatan Imigresen Kuala
Lumpur di Bukit Jalil pada Rabu malam.
Seramai 90 warga asing itu antara 155 etnik Uighur yang ditahan dalam serbuan pada pukul 11 malam di dua unit pangsapuri.
Dalam sebuah lagi rumah pangsapuri, seramai 65 orang ditemui sedang tidur dalam keadaan sempit dan berbau.
Penolong Pengarah Penguatkuasa Imigresen Kuala Lumpur, Basri Hassan
berkata, siasatan awal mendapati warga asing terbabit terdiri daripada
etnik Uighur yang mencari perlindungan politik.
"Mereka dikesan memasuki negara ini dari selatan semenanjung.
Sebahagian besarnya tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.
Post by Kedahnews.com.
"Kita percaya etnik itu yang beragama Islam dan berasal dari barat laut Xinjiang, China merupakan mangsa sindiket pemerdagangan manusia," katanya.
Tambahnya, warga asing itu kemudian dibawa ke pejabat Imigresen untuk urusan dokumentasi.
Basri memberitahu, pihaknya juga terkejut dengan keadaan kediaman itu yang dihuni seramai 90 individu dalam satu masa.