Isteri Norman Hakim, Memey Suhaiza mendedahkan bahawa terdapat peminat yang marah-marah dan mendesak supaya bekas isteri suaminya itu, Abby Abadi agar tidak lagi mengganggu atau campur tangan kebahagiaan rumahtangga mereka.
Menurut Memey, dia pernah menghadapi perkara yang lebih buruk berbanding kontroversi tersebut dan menghormati pandangan peminat terhadap apa yang berlaku.
"Sebenarnya selain yang menyokong mereka kembali bersama, ada juga yang
marah dan meminta supaya Kak Abby tidak mengganggu rumahtangga kami.
"Ada lagi perkara lain yang orang sampaikan pada saya, tetapi itu hak mereka dan saya sendiri rasa ok jer sebab pernah berhadapan dengan perkara yang lebih teruk," katanya yang dipetik dari Sinar Harian.

Pun begitu, isteri Norman itu tidak pernah menyalahkan sesetengah peminat yang memberikan pelbagai pandangan, termasuk mendoakan agar suaminya dan Abby bersatu kembali sebagai pasangan suami isteri.
Walau bagaimanapun, Memey menegaskan dia tidak sanggup bermadu dan memberitahu bahawa suaminya itu sering menasihati agar tidak memikirkan perkara yang mampu menggugat kebahagian pasangan selebriti tersebut.
"Apa yang penting bagi saya adalah menjaga suami. Lagipun dia yang paling sedih apabila perkara ini berlaku.
"Dia sering minta supaya saya kuat dan jangan biarkan perkara ini mengganggu rumahtangga kami. Lagipun, saya percaya bukan sesiapa menentukan kehidupan kita kerana semua yang berlaku urusan ALLAH SWT," kata Memey yang difahamkan sedang hamil tiga bulan anak keduanya.

Selain itu, Memey juga menjelaskan bahawa dia dan Norman mempunyai hubungan baik dengan Abby serta mengharapkan agar peminat memahami dan menghormati silaturrahim yang terjalin antara mereka.
"Kami memang sentiasa berhubung, jika bukan saya, suami yang akan
menghubunginya bertanya khabar dan memberikan kata-kata semangat.
"Bila dia tertekan, tidak salah kami menasihatinya supaya terus kuat demi anak-anak. Lagipun suami tidak pernah berselindung sebaliknya dia sentiasa memberitahu saya apa sahaja perkembangannya bersama bekas isteri," jelasnya lagi.

Justeru itu Memey memohon agar para peminat supaya tidak tersalah anggap dengan memperbesar perkara tersebut dan mendoakan yang terbaik bagi kepentingan semua pihak.
KedahNews.com mengucapkan tahniah kepada Memey, Norman dan Abby atas ketabahan dalam menghadapi suka duka hidup serta bersabar atas dugaan yang dihadapi dari kerenah peminat.
Mungkin ada peminat yang kurang sedar tentang pertalian "ayah-anak" di antara Norman dan anak-anaknya bersama Abby yang tidak akan terputus hingga ke akhir hayat.
Kami sentiasa menyokong segala usaha mempertahan atau mendirikan "masjid" bagi setiap umat Islam tanpa mengira status selebriti atau tidak selagi berlandaskan ajaran Islam yang dianjurkan Rasulullah SAW. Syabas sekali lagi kepada ketiga-tiga selebriti tersebut. -KedahNews.com