Ombak gergasi menghempas tembok di Esplanade, Padang Kota Lama di Pulau Pinang. |
Angin
kencang barat daya menyebabkan laut bergelora dengan ombak gergasi
sehingga menghempas tembok di Esplanade di Padang Kota Lama, Pulau
Pinang.
Ombak
gergasi itu mencecah lebih tinggi daripada tiang lampu, mengakibatkan
air laut melimpah di jalan raya, sehingga menyebabkan banjir di
sepanjang Jalan Tun Syed Syeh Barakhbah di sini pada Isnin.
Pejalan
kaki dilihat merakamkan fenomena yang jarang berlaku itu manakala
kenderaan yang melalui jalan iberkenaan secara perlahan apabila ombak
besar menghempas tembok.
Air laut melimpah sehingga ke jalan raya. |
Menurut
laman web Jabatan Meteorologi, angin kencang barat daya selaju 40kmj
hingga 50kmj itu menyebabkan ombak setinggi 3.5 meter di perairan
Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Miri, Sabah dan Labuan.
Fenomena itu dijangka berterusan sehingga Ahad depan. -mStar