Al-Fatihah: Bonda Hishamuddin Tun Hussein Kembali Ke Rahmatullah

Tun Suhailah Tan Sri Noah, 81, bonda kepada Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien dilaporkan telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi, kira-kira jam 12. 30 pagi.

Khabar dukacita itu turut dimaklumkan melalui laman sosial Facebook miliknya, menerusi makluman yang dikeluarkan oleh pengurus akaun (admin) laman tersebut.


KedahNews.com mengucapkan takziah kepada Menteri Pertahanan itu dan semoga beliau bersabar dengan kehilangan bonda tersayang.

Kami mendoakan agar roh Allahyarhamah dilimpahi rahmatNya dan ditempatkan bersama golongan mereka-mereka yang beriman. Al-Fatihah.