Penyanyi, Datin Alyah tidak pernah menggunakan pengaruh suaminya yang
juga pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS untuk menaikkan namanya
dalam industri muzik.
Alyah atau nama sebenarnya Norhasliah Abu Hassan, 33, berkata, mereka
tidak pernah mencampur-adukkan urusan profesional dan peribadi dalam
rumah tangga mereka dan kejayaannya sebagai penyanyi adalah usaha
kerasnya selama ini.
"Benar suami saya adalah antara individu terbaik dalam kerjayanya
namun untuk mengatakan saya mengambil kesempatan atas pengaruhnya sama
sekali tidak benar.
"Saya seorang yang berpijak pada bumi yang nyata dan segala
pencapaian diperolehi sekarang adalah atas usaha keras dan bukannya
kerana pengaruh sesiapa," katanya kepada mStar Online.
Alyah ditemui pada majlis pengumuman pencalonan akhir Anugerah
Industri Muzik ke 21 (AIM 21) yang diadakan di Hotel Istana pada Selasa.
Penyanyi itu turut tercalon dalam kategori Lagu Pop Terbaik menerusi Sesal Separuh Nyawa hasil ciptaan Rizal Tiga dan Adil AF manakala lirik ditulis oleh Alyah dan Shah Shamsiri.
Bagaimanapun Alyah mengakui Ramli ada memberikan nasihat mengenai
beberapa perkara berhubung kerjayanya namun memberitahu ia secara tidak
langsung.
Pasangan itu bernikah secara rahsia di Batam, Indonesia pada 18 Mac 2013
dan perkahwinan itu terbongkar apabila sekumpulan pegawai penguatkuasa
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat serbuan di rumah mereka di
Bandar Kinrara, Puchong kira-kira pukul 7.30 pagi, 28 Ogos lalu.
Dalam pada itu, Alyah berkata, kehidupannya sebagai isteri berjalan
lancar dan berharap akan dikurniakan cahaya mata bagi menyerikan rumah
tangga mereka.
"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan pada usia sekarang apa yang
saya harapkan akan dikurniakan anak secepat mungkin," ujarnya.
Ditanya mengenai kebarangkalian dia dan Ramli akan mengadakan majlis
resepsi, Alyah berkata, dia menyerahkan perkara tersebut kepada suaminya
untuk membuat keputusan.
Sementara itu, Alyah berkata, dia bersyukur apabila lagu Sesal Separuh
Nyawa tercalon dalam AIM 21 pada tahun ini selepas lapan tahun tidak
disenaraikan sebagai calon akhir.
Ramli MS |
Bagi Alyah, pencalonan tersebut memberi makna besar kepadanya namun
tidak meletakkan sebarang harapan untuk membawa pulang trofi.
"Ini adalah pencalonan kedua saya selepas lapan tahun dan saya sangat bersyukur lagu Sesal Separuh Nyawa mendapat tempat dalam lima terbaik selepas kali terakhir dicalonkan lapan tahun lalu menerusi lagu Tak Mungkin Kerana Sayang," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Alyah berkata, dia kini sedang dalam proses merakamkan album ketiganya yang dijangka berada di pasaran awal tahun hadapan. -mStar
"Ini adalah pencalonan kedua saya selepas lapan tahun dan saya sangat bersyukur lagu Sesal Separuh Nyawa mendapat tempat dalam lima terbaik selepas kali terakhir dicalonkan lapan tahun lalu menerusi lagu Tak Mungkin Kerana Sayang," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Alyah berkata, dia kini sedang dalam proses merakamkan album ketiganya yang dijangka berada di pasaran awal tahun hadapan. -mStar