Amaran Untuk Para Isteri: "Pusat Jagaan Suami"..!

Di Malaysia, kita selalu hanya tahu tentang kewujudan Pusat Jagaan Bayi atau "Baby Day Care Centre" yang menawarkan khidmat jagaan bayi bagi golongan ibubapa yang sibuk dengan jadual harian masing-masing.

Selain itu, terdapat juga pusat jagaan bayi yang menawarkan khidmat jagaan bayi mengikut tempoh masa yang dikehendaki ibu bapa yang perlu membayar harga jagaan tersebut mengikut jam.

Pun begitu, sekiranya anda ke Phuket, Thailand, para isteri jangan terkejut sekiranya melihat poster atau iklan yang terpampang menawarkan khidmat jagaan SUAMI pula!

"Husband Day Care Centre" merupakan alternatif yang disediakan oleh beberapa premis perniagaan di pusat pelancongan itu bagi isteri-isteri yang mahu ber"shopping" sakan dan tidak mahu diganggu suami masing-masing ketika membeli-belah atau melancong di sana.

"Perlukan masa untuk relaks? Perlukan masa untuk sendirian? Mahu membeli belah (tanpa gangguan)?"

Husband Day Care Centre - KedahNews.com
Husband Day Care Centre
"Tinggalkan suami anda pada kami. Kami akan "menjaga"nya untuk anda. Anda hanya perlu membayar harga makan minumnya sahaja," begitulah ayat yang tertulis di papan iklan berkenaan.

Bagi mereka yang beragama Islam, KedahNews.com menyarankan supaya para isteri tidak meninggalkan suami mereka di "pusat jagaan suami" memandangkan "kecurigaan" kami pada premis tersebut yang seolah-olah pusat maksiat.

Melihat keadaannya yang dipenuhi dengan gadis-gadis seksi, bar, meja pool dan sebagainya, rasanya memang kurang sesuai untuk suami yang beragama Islam. Mungkin wajar tinggalkan suami anda di hotel sahaja.


Cuma, bagi para suami yang ke Phuket tanpa isteri masing-masing, harapnya janganlah "menggatal" mahu dirinya "dijaga" di pusat jagaan suami tersebut. Ingat sama pada dosa dan pahala, kan? Jangan sampai terjebak, nanti merana.. Wallahu'alam. -KedahNews.com