Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dilaporkan meninggal dunia akibat lemas dalam satu insiden di pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi, di Johor Bahru, semalam.
Dalam kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 5 petang itu, Hidayah Budin, 2, dikatakan sedang mandi-manda ditepi pantai bersama ibunya, Siti Marsila Md Jasin, 28, bersama tiga adik beradiknya, Nuraliza, 12, Amy, 11 dan Ahmad, 9, serta seorang lelaki, Mohd Faizal Yunus, 29.
Selain arwah Hidayah, seorang remaja lelaki yang hanya dikenali sebagai Syukri berusia 14 tahun turut dilaporkan hilang dalam insiden yang sama.
Hidayah dan Shukri merupakan jiran antara satu sama lain dan tinggal di Taman Johor Jaya di sini.
Ketua Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, Azlan Mohd
Sobri menjelaskan bahawa pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu daripada
pengawal pantai Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) pada pukul
5.55 petang.
"Operasi masih dijalankan bersama pihak penyelamat pantai Kejora. Ekoran keadaan pantai yang gelap, anggota akan membuat pemantauan dan menyusur di sekitar pantai untuk operasi malam," katanya yang dipetik dari Bernama.