Aktres "ngetop", Rozita Che Wan mendakwa anaknya tidak pernah menjejakkan kaki di kelab malam dan menegaskan mereka hanya dibenarkan keluar rumah sekiranya mendapat keizinan atau dibenarkan berbuat demikian.
Kesal dengan laporan sebuah blog baru-baru ini, Rozita atau lebih dikenali dengan nama Che Ta mendakwa kenyataan suaminya, Zain Saidin, sebelum ini telah disalah tafsir oleh sebuah blog yang kemudiannya melaporkan seolah-olah aktres itu tidak tahu menjaga anak.
"Anak saya Ammar Effendy tidak pernah ke kelab malam, tentang keizinan
itu memang dia sentiasa meminta izin untuk keluar termasuk pada waktu
malam, itu pun kalau dia ingin lepak dan jumpa kawan-kawannya sahaja.
"Cuma selepas dia minta izin saya sudah tidak boleh pantau lagi dia pergi mana, namun saya harap kebebasan yang saya beri tidak disalahgunakan," tegas Che Ta mengenai aktiviti anaknya yang dipantau selama ini.

Sebuah blog sebelum ini mendedahkan tentang kenyataan Zain yang mendakwa pasangan selebriti "hot" itu mengizinkan anak-anak mereka ke kelab malam.
Akibatnya, Che Ta dituduh tidak pandai menjaga anak dan kenyataan suaminya itu dimanipulasi pihak tersebut yang kemudiaannya menyebabkan dia menerima pelbagai kritikan negatif dari kalangan peminat.
Aktres jelita itu juga kecewa apabila ada pihak membandingkan anaknya dengan seorang
remaja, Ahmad Ammar, yang mati syahid di Turki akhir tahun lalu.
Menurut Che Ta, tidak ramai yang tahu betapa susahnya dia membesarkan anak-anak dalam keadaannya yang berstatus ibu tunggal dan meskipun dalam kepayahan, dia berjaya memastikan anaknya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Mereka sepatutnya tanya saya kerana saya ibu dia jadi saya lebih tahu
kemana anak-anak saya pergi. Namun itu tidak bermakna dia tidak
mengambil tahu dan peduli tentang mereka.
"Saya marah apabila orang menuduh dan salahkan saya tidak pandai jaga
anak, padahal mereka tidak tahu susah senang saya sebagai ibu tunggal
membesarkan anak-anak sendiri.
"Saya sudah beri didikan yang sebaik mungkin hingga dia berjaya mendapat keputusan baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan menjadi pelajar terbaik di sekolah," ujarnya yang dipetik dari mStar, semalam.

Selain Ammar Effendy, Che Ta turut mempunyai seorang lagi anak lelaki hasil perkahwinannya sebelum ini, Aniq Ezzra, 16. -KedahNews.com