Anda Ada Pinggang Kerengga Begini?

Anda mahu pinggang begini?
New York – Selama tujuh tahun Kelly Dekay memakai korset dan kini dia mendapat pinggang yang diidamkannya iaitu pinggang ramping umpama kerengga dengan ukuran 16 inci.

Meskipun terpaksa menahan kesakitan dan menghadkan pergerakannya namun Kelly tetap melakukannya. Baginya ia membantu dia membuang sifat pemalu dalam dirinya.

Ketika kecil, Kelly merupakan seorang tomboy dan ketika berusia 20 tahun, dia tertarik dengan imej kartun Jessica Rabbit lalu wanita ini terus menukar dirinya dengan mengenakan korset.

“Apabila memakai korset ini, saya berdepan dengan beberapa kesukaran termasuk aktiviti fizikal seperti menaiki tangga atau membawa barang yang berat kerana ia boleh mencederakan saya.

“Saya pernah mendaki dengan memakai korset, namun ia amat bahaya,’’ katanya yang juga pelajar bidang fesyen.

Walaupun berdepan kesukaran dan mendapat kecaman ramai, namun Kelly tidak bercadang untuk berhenti daripada memakai korset.

“Saya mendapat komen yang pelbagai. Ada orang yang sukakannya dan tidak kurang pula yang membenci.

“Tetapi saya tidak kisah kerana saya melakukan untuk diri sendiri dan bukannya untuk orang lain,’’ katanya.

Sumber: Mynewshub.cc