Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa
membidas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana bersikap berat
sebelah dalam penjadualan semula perlawanan suku akhir Piala Malaysia
2014.
Beliau berkata FAM tidak seharusnya mengubah tarikh yang sudah ditetapkan sebelum ini kerana ia hanya akan memberikan masalah kepada pasukan lain.
"Jadual perlawanan tidak harus di ubah sewenang wenang...Layanan pada pasukan hendaklah sama dan adil...jadual tidak boleh diubah atas kehendak satu pihak.
"Cukup-cukuplah buat benda sebegini....kekalkan jadual yang sudah lama di sahkan.....bila nak berubah ini?..."," katanya dalam laman sosial Facebooknya, Rabu.

Annuar berkata demikian bagi mengulas keputusan FAM pada Selasa yang
bersetuju dengan permintaan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk
mengubah tarikh suku akhir kedua antara JDT dan Terengganu di Larkin
daripada 11 Okt kepada 17 Oktober.
Jumaat lepas, pada perlawanan suku akhir pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan. -mStar