Aril AF7 Nafi Disingkir Dari Era.FM

Bekas peserta bintang "Akademi Fantasia" musim ketujuh, Aril atau Kairil Azam Pilus mengumumkan bahawa dia akan menamatkan perkhidmatannya di stesen radio nombor satu negara, radio Era FM.

Kenyataan itu dikongsi sendiri oleh Aril menerusi rakaman video yang dimuat naik kedalam akaun Intagram miliknya semalam selepas dua tahun menjadi penyampai radio di stesen berkenaan.

Aril menjelaskan, kontrak dia bersama stesen radio itu telah tamat pada 30 September 2014 dan telah mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak bersama Era FM kerana dia mahu memberikan fokus kepada bidang pengacaraan dan nyanyian.

Katanya, album terbarunya akan mula berada di pasaran pada bulan ini.

"Kontrak saya bersama Era FM tamat pada 30 September 2014 dan saya mengambil keputusan untuk tidak menyambungnya selepas dua tahun bersama mereka.  Banyak yang saya belajar sepanjang menjadi penyampai radio."

"Saya tidak ke mana-mana.  Cuma, selepas ini saya mahu kembali fokus kepada bidang pengacaraan dan nyanyian.  Tambahan pula, album saya akan berada di pasaran pada bulan ini," jelas Aril yang dipetik dari Media Hiburan Online, semalam.

Kenyataan tersebut dibuat bagi menolak spekulasi peminatnya yang mengatakan Aril di singkirkan dari Era FM.


Dalam pada itu, Aril juga masih menimbang keputusan sama ada mahu mengikut isterinya, Puteri Erma Adlinda yang bertugas di Arab Saudi sebagai pramugari di syarikat penerbangan Saudi Arabian Airlines.

"Itu saya tidak boleh komen banyak.  Dalam fikiran ada juga memikirkan hal itu," ujarnya ringkas. -Norhayati Shaharun/KedahNews.com