"Tak sangka cincin berlian yang dibeli dengan harga RM14,000 sebenarnya hanya bernilai kurang daripada RM1,000."
Itu keluhan penyanyi, Salwa Razak yang mendakwa diperdaya rakan sendiri dalam urus niaga yang dijalankan beberapa tahun lalu.
Katanya, perkara itu baru disedari beberapa hari lalu apabila dia menghantar cincin berkenaan untuk dibaiki selepas ia mengalami sedikit kerosakan.
"Saya amat terkejut apabila diberitahu pekerja kedai emas bahawa cincin berkenaan sebenarnya hanya bernilai RM900 dan segera mengunjungi beberapa kedai lain untuk memastikan kesahihan maklumat berkenaan," katanya ketika dihubungi, semalam.
Selepas mendapatkan khidmat penilaian di sebuah syarikat emas terkemuka, dia diberitahu nilai cincin berkenaan hanya RM934, menyebabkan dia tergamam dan terus menghubungi rakannya itu.
"Sebaik menjawab telefon, rakan yang menjual cincin itu pula mempersoalkan tindakan saya membuat pemeriksaan di kedai emas dan bertanya sama ada saya ingin menjual cincin terbabit.," katanya yang turut memakai cincin terbabit dalam klip video lagu Hidup Baru.
Bagaimanapun, Salwa menjelaskan kemungkinan rakannya itu turut ditipu oleh pihak ketiga yang juga tuan punya asal cincin berkenaan.
"Dari satu sudut saya juga bersalah kerana tidak membuat pengesahan ketika melakukan urus niaga dulu.
"Saya serah kepada Allah SWT dan berharap perkara ini jadi iktibar kepada semua agar sentiasa berhati-hati ketika membeli barang kemas walaupun dengan orang yang dikenali," ujarnya.
Buat masa ini, Salwa berharap dapat menyelesaikan kes ini dengan sebaiknya sebelum mengambil tindakan lanjut. -myMetro