Artis jelita, Izreen Azminda yang sebelum ini dilanda kontroversi kes penceraian bersama tohmahan negatif, menegaskan bahawa dia tidak akan membiarkan dirinya dilukakan oleh mana-mana lelaki lagi selepas ini.
Kata artis berstatus ibu tunggal anak satu itu, pintu hatinya masih tertutup untuk bercinta lagi buat masa sekarang, namun dia tidak berdaya menolak ketentuan jodoh yang telah ditetapkan Allah SWT untuknya.
"Buat masa ini, hati saya belum terbuka untuk mencari pasangan. Saya
lebih selesa begini dan tidak akan membiarkan lelaki melukai hati saya
dalam masa terdekat ini," katanya yang dipetik dari Sinar Harian.
Izreen turut meluahkan rasa kesalnya terhadap tohmahan negatif yang mengaitkan dirinya dengan teman lamanya yang juga merupakan seorang pelakon, Amar Baharin.
Katanya, tuduhan tidak benar itu membuatkan dirinya merasa tertekan, namun dia enggan cepat melatah dan lebih selesa mendiamkan diri sebelum menjelaskan situasi sebenar mengenai hubungannya dengan Amar.
"Sejujurnya, memang saya rasa tertekan bila terlalu banyak perkara
negatif yang dituding ke arah saya. Namun, saya lebih selesa untuk
berdiam diri dan tidak mudah melatah.
"Berkenaan dengan tuduhan hubungan cinta bersama Amar, buat masa ini, dia adalah kawan saya. Malah, kami berkawan sejak saya anak dara lagi. Cuma kini perhatian lebih diberikan padahal hubungan ini sudah lama terjalin.
"Saya tidak marah sekiranya ada peminat yang mendoakan hubungan kami, namun sedih bila dituduh dengan benda-benda negatif," jelas Izreen menamatkan spekulasi liar itu.
"Berkenaan dengan tuduhan hubungan cinta bersama Amar, buat masa ini, dia adalah kawan saya. Malah, kami berkawan sejak saya anak dara lagi. Cuma kini perhatian lebih diberikan padahal hubungan ini sudah lama terjalin.
"Saya tidak marah sekiranya ada peminat yang mendoakan hubungan kami, namun sedih bila dituduh dengan benda-benda negatif," jelas Izreen menamatkan spekulasi liar itu.
Bagaimanapun, Izreen memberikan "berita baik" bagi mana-mana lelaki yang berhajat untuk menyuntingnya sebagai suri hidup.
"Namun, saya tahu, jodoh itu rahsia ALLAH SWT dan saya tidak mampu menolak. Bukan sahaja dengan Amar, malah dengan mana-mana lelaki sekalipun, saya terima sekiranya ada jodoh di kemudian hari," katanya lagi.
Sepanjang sembilan tahun dalam industri hiburan tanahair, tahun 2014 merupakan tahun yang paling getir
buat pelakon jelita itu.
Bermula dengan isu kes penceraiannya, Izreen
terus dijadikan sasaran kontroversi demi kontroversi dan terbaru sekali mengaitkan dirinya dengan Amar meskipun dilaporkan baru lepas bercerai.
Semoga Izreen tabah dalam mengharungi liku-liku anak seni dan jangan lupa bahawa hidup di bawah rahmat Allah SWT merupakan jalan hidup terbaik bagi setiap hambaNya biarpun berstatus janda mahupun anak dara, kan? -KedahNews.com