Kecoh di laman-laman sosial tentang seorang "ustaz TV9" yang dikatakan sedang menggatal dan "berselingkuh" dengan seorang wanita berstatus isteri orang.
Turut didedahkan ialah "printscreen" perbualan lucah di antara "ustaz TV9" berkenaan dengan wanita tersebut yang agak "daring" dan "meloyakan".
Pendedahan tersebut dilakukan oleh seorang pengguna laman sosial Facebook yang turut menceritakan keburukan "ustaz" berkenaan yang dikatakan beberapa kali muncul di program-program keagamaan di stesen TV9.
Bagaimanapun, pengguna laman sosial berkenaan tidak mendedahkan identiti sebenar "ustaz" itu dan ia mencetus tanda tanya di kalangan pengguna laman Facebook yang lain.
KedahNews.com berpandangan bahawa pengguna Facebook berkenaan perlu melaporkan perkara "panas" ini kepada pihak berkaitan dengan kadar segera bagi mengelak salah faham atau fitnah di kalangan pengguna laman sosial yang lain.
Perkara yang mengaibkan institusi ilmuan agama di negara seperti ini sekiranya benar, mampu menjejaskan imej ustaz-ustaz yang lain khususnya yang pernah terlibat dengan program-program di stesen televisyen terbabit.
Selain itu, perlu diingat bahawa tuduhan selingkuh atau zina terhadap umat Islam adalah suatu perkara yang serius dan perlu disertakan bukti-bukti kukuh yang sahih mengikut ketetapan syarak.
Sekiranya gagal dan tuduhan tersebut tidak benar, dikhuatiri pihak yang menuduh itu bakal berdepan dengan azab Allah SWT yang amat berat dan pedih di akhirat kelak.
Berikut adalah beberapa "printscreen" yang dimaksudkan, wallahu'alam... -KedahNews.com
Sumber asal: Mynewshub.cc