Astro Perlu Hentikan Telefilem "Biopic Saloma" - Waris Arwah AR Tompel

Foto

Hulu Klang - Adlin Aman Ramli dan waris-waris Allahyarham AR Tompel mahu pihak Astro memberhentikan terus tayangan telefilem Biopic Saloma di Astro First.

Ini kerana sebanyak 29 babak AR Tompel yang dilakonkan oleh Azhan Rani dlm telefilem itu adalah tidak benar.

Menurut Adlin, melalui syarikat guaman Azam & Co, mereka sudah pun menghantar surat kepada pihak Astro pada 26 September 2014.

"Segala bentuk tulisan dan pengarahan dalam telefilem itu adalah tidak bertanggungjawab dan melanggar akidah," tegas Adlin. -myMetro