"Bakal Menteri KDN" Sibuk Bercakap Soal Penghadang Besi?

Sedang mahkamah hangat membicarakan sama ada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan "dihumban" kembali ke penjara atau sebaliknya, Setiausaha Agung parti itu, Rafizi Ramli berlagak seolah dirinya Menteri di Kementerian Dalam Negeri atau Ketua Polis Negara.

Lagaknya yang memberi "arahan" kepada pihak berkuasa supaya tidak meletak penghadang besi di perkarangan kompleks Istana Kehakiman di Putrajaya menggambarkan dirinya juga seolah "buta" dengan sikap para penyokong Anwar yang terbukti ganas sebelum ini.

Kata Rafizi, pihak berkuasa tidak perlu meletakkan besi penghadang tersebut dengan memberi alasan kononnya "keadaan masih terkawal" dan "pihak polis mempunyai kerahan tenaga yang cukup untuk mengawal selia situasi" di sekitar lokasi perbicaraan Ketua Umumnya.

"Halangan ini tidak diperlukan. Keadaan masih terkawal dan pihak berkuasa mempunyai kerahan tenaga untuk mengawal selia situasi semasa di sekitar kompleks mahkamah.

"Kita tidak perlu dihalang dari memasuki pekarangan kompleks Istana Kehakiman. Pihak berkuasa seolah mahu bertegang urat dengan kami," katanya yang dipetik ari media arus perdana semalam.

Antara hujahnya yang lain ialah para penyokong Anwar tidak pernah merempuh masuk ke dalam mahkamah.

"Tidak pernah terjadi insiden di mana penyokong merempuh masuk ke dalam mahkamah," kata Rafizi.

Soalnya, siapa Rafizi untuk berkompromi dalam isu keselamatan? Dia bukan Menteri KDN atau KPN. Apa haknya untuk menentukan itu boleh dibuat dan ini tidak boleh dibuat oleh pihak berkuasa?

Sehari sebelum Anwar ke mahkamah, para penyokong yang mendewa-dewakan Ketua Umum PKR itu baru saja memecahkan sebuah pagar besi yang besar di Universiti Malaya.

Jadi, apakah tidak wajar pihak berkuasa mengambil langkah berjaga-jaga dengan meletakkan besi penghadang sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini yang berpotensi dilakukan oleh para penyokong Anwar?

Apakah "bakal" Menteri KDN seperti Rafizi tidak mampu berfikir secara rasional dalam soal ini dan lebih senang untuk bersikap berat sebelah dengan berkompromi dalam soal keselamatan? Apakah dia lupa dengan apa yang baru berlaku malam kelmarin?

Sewajarnya, Rafizi tidak meluahkan sebarang komen dalam hal "penghadang besi" itu, sebaliknya dia lebih wajar memikirkan bagaimana caranya untuk menjelaskan dari mana datangnya air mani yang dikatakan milik Anwar di dalam dubur Saiful.

Air mani merupakan sesuatu yang sangat "eksklusif" dan hanya boleh dimiliki dengan izin Anwar sendiri atau diperoleh dari isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. Adalah agak pelik jika air mani Anwar tiba-tiba berada di dalam dubur Saiful tanpa sebab munasabah, bukan?

Sebagai bekas "Pengarah Strategi", Rafizi sepatutnya berfikir tentang isu yang lebih besar berbanding "penghadang besi", apatah lagi setelah Anwar menaikkan pangkatnya ke jawatan Setiausaha Agung PKR, menyingkirkan bekas penyandangnya, Datuk Saifuddin Nasution.

Justeru, sebagai Setiausaha Agung PKR yang baru, Rafizi turut perlu tingkatkan tahap pemikirannya dan tidak lagi memikirkan soal remeh, bukan? -Amir Hamzah/UtaraNews.com