Bangla Paling "Viral" Dalam Tempoh 4 Tahun Di Malaysia?



KedahNews.com tidak tahu sama ada lelaki dari Bangladesh ini masih lagi berada di bumi Malaysia atau tidak memandangkan rakaman nyanyiannya di laman Youtube di atas telah dirakam dan dimuat naik pada Ogos 2010.

Meskipun sudah video rakaman tersebut sudah berusia 4 tahun, namun kami yakin ramai yang terpegun dengan kebolehan Bangla itu menyanyikan lagu penyanyi lagenda tanahair, Saleem.

Peliknya, meskipun tidak dilahirkan di sini dan berkemungkinan baru beberapa tahun, bulan atau hari di Malaysia, dia agak fasih menyanyi dan mungkin berkebolehan bertutur dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

Sekiranya diteliti, slanganya pun "tidak lari jauh", bukan?

Perkara berkenaan rasanya jauh berbeza dengan sesetengah pihak di negara kita yang lahir di sini, memiliki surat beranak dan kad pengenalan Malaysia, belajar Bahasa Malaysia di sekolah dari darjah satu Epal, dan mungkin tidak pernah keluar dari negara, namun tidak mampu bertutur dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

Tidaklah pihak kami tahu sama ada sememangnya mereka jadi begitu disebabkan faktor genetik, "keras lidah" atau sememangnya mereka tidak berminat untuk berbahasa Malaysia. 

Namun itulah persoalan yang timbul diakal kami bila menonton rakaman youtube itu. Kenapa mereka gagal bertutur bahasa Malaysia dengan baik seperti Bangla itu? 

Mungkin ada yang fasih, tapi terlalu sedikit. Malah ada Ahli Parlimen yang tergagap-gagap berbahasa Malaysia dan pelat teruk ketika berbahas di dalam Dewan Rakyat

Para pembaca ada cadangan jawapan bagi persoalan tersebut? -KedahNews.com