Polis Northamptonshire berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.30 Jumaat bahawa terdapat seekor anjing telah menyerang bayi perempuan dan melarikannya.
Polis yang berjaya mengesan anjing jenis pitbull tersebut kemudian terpaksa membunuh binatang berkenaan.
Ketika kejadian, ibu bayi itu dikatakan keluar dari rumah dan meninggalkan mangsa bersama neneknya.
Sementara itu kejiranan di Daventry sebelum ini telah menggelar anjing berkenaan sebagai 'anjing syaitan' kerana sering menyerang binatang peliharaan lain.
Mereka juga tidak menyangkakan bahawa anjing liar itu akhirnya akan membunuh manusia dalam keadaan ngeri. -mStar