SHAH ALAM – Pengacara televisyen popular, Ras Adiba Radzi
dilaporkan terlantar di hospital akibat masalah kesihatan yang
dihadapinya.
Melalui sebuah tulisan di laman Facebook milik adiknya, Ras Afiona Radzi, kakaknya kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital akibat demam sejak semalam.
“Hai semua.. Kakak saya Ras Adiba Radzi kini berada di wad ICU (Unit Rawatan Kecemasan) .. Dia mengalami demam dan sawan malam tadi.
“...Doakan dia supaya cepat sembuh,” katanya seperti yang dipetik melalui laman Facebooknya.
Sebelum ini, pada 1996, bekas personaliti televisyen itu pernah mengalami satu kemalangan jalan raya semasa pulang daripada membuat liputan bola sepak Piala Malaysia.
Akibat kemalangan itu, Ras Adiba terpaksa menjalani dua pembedahan pada 1999 dan 2001 untuk memasukkan 24 keping implan bagi menyokong tulang belakangnya.
Kemudian, Ras Adiba sekali lagi terlibat dalam satu lagi kemalangan pada tahun 2002 apabila diserang individu tidak dikenali di hadapan rumahnya sehingga menyebabkan dia lumpuh separuh badan dan disahkan lumpuh separuh badan sehingga terpaksa menjalani pembedahan di Australia. -Sinar Harian