Meskipun belum melahirkan, selebriti terkenal, Rozita Che Wan awal-awal lagi sudah menawarkan bayinya untuk beraksi di depan lensa kamera agensi pengiklanan yang berminat.
Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta menjelaskan bahawa dia tidak ragu-ragu untuk memberikan pendedahan awal dalam bidang seni kepada bayinya yang dijangka bakal lahir pada November ini.
"Saya dan Zain tidak mempunyai masalah jika ada pihak yang ingin
menawarkan anak kami terlibat dalam pengiklanan atau apa-apa yang
berkaitan bidang seni.
"Kerana itu adalah rezeki buat anak. Tetapi terpulanglah, saya pun tidak
boleh nak mengagak adakah bakal anak saya ini sejenis yang mesra kamera
atau tidak," kata Che Ta yang dipetik dari mStar.
Mengulas mengenai persediaan menerima kelahiran bayi, hasil perkahwinannya dengan pelakon, Zain Saidin, Che Ta memberitahu bahawa dia akan mengamalkan minuman air bunga Fatimah, yang dikatakan mampu mempermudah proses bersalin nanti.
"Saya harap sangat semuanya berjalan dengan lancar. Sebelum bersalin
nanti saya juga akan mengamalkan minum air bunga akar Fatimah. Ia
bertujuan bagi memudahkan proses kelahiran nanti," kata Che Ta.
Difahamkan bahawa pihak Astro akan membuat liputan dan bakal memaparkan perubahan fasa hidupan Rozita dan Zain dalam persediaan menimang cahaya mata dalam sebuah program realiti, "Pureen Chak Chak Che Ta & Zain", di saluran Astro Ria (104), siaran awal Disember nanti.
"Tengoklah nanti gelagat kami dalam membuat persiapan menantikan kelahiran anak.
"Zain yang paling teruja dan lihatlah betapa kami beria menghias katil anak, dah macam sarung baju pula," kata Che Ta berseloroh.
"Zain yang paling teruja dan lihatlah betapa kami beria menghias katil anak, dah macam sarung baju pula," kata Che Ta berseloroh.
KedahNews.com mengucapkan tahniah kepada Che Ta dan suami, Zain, atas bayi yang bakal lahir akan menambah lagi seorang bilangan umat Islam di dunia.
Kami mencadangkan supaya Che Ta dan Zain memperbanyak bacaan Al-Quran dan mendengar alunan ayat-ayat suci itu sebagai persediaan menyambut hamba Allah yang bakal dilahirkan itu nanti. Semoga menjadi seorang hamba Allah yang taat dan patuh pada perintahNya. Inshaa Allah.. -KedahNews.com