Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat masih hidup dan mohon jangan sesekali menyebarkan dakwaan palsu yang kononnya Mursyidul Am PAS itu telah meninggal dunia.
Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Mohd Asri Mat Daud dalam kenyataan terkini menafikan
sekeras-kerasnya berita kematian Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kini
tersebar di laman media sosial.
Mohd Asri dalam kekesalannya turut meminta semua pihak berhenti menyebarkan berita fitnah tersebut sama ada menerusi aplikasi Facebook, WhatsApps atau dalam bentuk apa jua medium komunikasi.
Mohd Asri dalam kekesalannya turut meminta semua pihak berhenti menyebarkan berita fitnah tersebut sama ada menerusi aplikasi Facebook, WhatsApps atau dalam bentuk apa jua medium komunikasi.
"Sikap seperti ini sudah banyak kali dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Ia amat bertentangan dengan agama yang melarang dari menyebarkan berita tidak pasti kebenarannya apatah lagi berita kematian seorang tokoh yang amat disanjungi," katanya yang dipetik dari Sinar Harian.
Menurut Setiausaha Akhbar itu lagi, Mursyidul Am PAS itu baharu sahaja menerima tetamu dari Kedah sejurus menunaikan solat Isyak di Masjid Pulau Melaka, semalam.
Sebelum ini pernah tersebar berkali-kali, kononnya Nik Aziz meninggal dunia namun sebaran tersebut ternyata palsu dan berunsur tohmahan yang tidak wajar.
KedahNews.com amat kesal dengan penyebaran seperti itu memandangkan ia secara tidak langsung mencemar kreadibiliti pengguna media sosial lain yang turut terpalit dengan laporan tidak beretika tersebut.
Pun begitu, penghargaan sepenuhnya kepada Mohd Asri yang pantas bertindak menafikan laporan tidak benar itu, sekaligus menafikan dakwaan yang "mematikan Nik Aziz berkali-kali" sebelum ini. -KedahNews.com