BERBEKALKAN wang terakhir RM15, seorang warga emas terpaksa berkorban membayar tiket bas untuk ke Alor Setar dari kampungnya di Kampung
Teloi Tua, Sik, Kedah kerana ingin ke pejabat Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM) bagi mengetahui sebab bantuan kebajikan kepadanya
dihentikan sejak tiga bulan lalu.
Mat Isa Lahaman, 60, berkata, dia
terpaksa membayar tambang bas RM10 daripada RM15 dimilikinya sebagai
tambang bas, manakala RM2.50 untuk makan ketika sampai di bandar itu.
Ketika ditemui Sinar Harian dua hari lalu, dia buntu bagaimana mahu pulang ke kampung dengan wang baki RM2.50.
Menurutnya, usahanya memohon JKM menyambung semula bantuan itu juga
gagal apabila dia didakwa tidak lagi menetap di Rumah Orang Tua Galau.
Dakwa Mat Isa, dia sepatutnya menerima wang bantuan RM300 sebulan
namun tidak menerimanya setelah dimasukkan ke Hospital Sik dan tidak
berupaya mengambil wang bantuan itu.
“Saya hanya tinggal sebatang kara selepas kematian isteri, Ramlah
Yackop, akibat kencing manis pada 2011. Manakala anak pula tiada,”
katanya yang kini mengambil upah bekerja kampung seperti memotong rumput
namun, tahap kesihatan kurang mengizinkan untuknya melakukan kerja
berat.
Katany, dia bukan menagih simpati tetapi ingin bantuan diteruskan untuk menampung kehidupan.
Sementara itu, Penolong Pegawai JKM Daerah Sik, Samnah Asik@Hasim berkata, pihaknya tidak akan membuat pemotongan bantuan yang disalurkan kepada penerima dengan sewenang-wenangnya.
Sementara itu, Penolong Pegawai JKM Daerah Sik, Samnah Asik@Hasim berkata, pihaknya tidak akan membuat pemotongan bantuan yang disalurkan kepada penerima dengan sewenang-wenangnya.
“Mat Isa tidak dapat dihubungi serta
tinggal di tempat lain dan bantuan terpaksa dipotong jikalau penerima
duduk di luar kawasan,” katanya.-Sinar Harian