Guru-guru di zaman dulu memang terkenal di kalangan masyarakat setempat dan sangat dihormati oleh anak-anak murid ekoran keterampilan mereka yang kemas, tegas serta begitu serius mendidik anak bangsa.
Sememangnya guru-guru kita digalakkan supaya berimej kemas dan "sedap mata memandang".
Mungkin kerana itulah maka ada yang sedikit "tersasar" dari galakkan tersebut sehingga berlumba-lumba untuk "melawa" apabila hadir mengajar di sekolah mahupun melakukan aktiviti luar bilik darjah.
Baru-baru ini, sekeping gambar guru yang layak dikategorikan sebagai cantik jelita dan mengenakan sepasang baju kebaya yang begitu jelas mengikut bentuk badan turut "viral" di laman-laman media sosial.
Dengan kepsyen yang agak nakal, kelibat guru-guru seperti itu dikatakan bakal menggoda bapa-bapa untuk kerap menghantar anak mereka ke sekolah!
Persoalannya, apakah tujuan guru-guru kita berpakaian "terlebih lawa" begitu di sekolah? Nak tunjuk pada siapa? Perlukah mengenakan baju mengikut bentuk badan begitu di depan anak-anak murid yang baru hendak belajar erti remaja?
Bukankah Islam menganjurkan umatnya mengenakan pakaian yang sopan dan tidak menampakkan bentuk badan yang ketara? Boleh tak kalau guru-guru yang kita hormati itu mengikut etika pemakaian Islam yang lebih sopan?
Kalau tak boleh, tak mengapalah. KedahNews.com hanya sekadar melontarkan pandangan.
Tidak salah kalau guru-guru kelihatan cantik bergaya, namun jangan lupa mereka juga akan menjadi ikutan anak-anak bangsa yang bakal membentuk budaya akan datang.
Kalau guru-guru kita berpakaian seksi mengikut bentuk badan dan berselindung di sebalik pakaian tradisional yang rasanya boleh "disopankan" mengikut aurat Islam, jangan hairan pula nanti ada anak muridnya yang gemar ber"legging", berbaju ketat semacam pula, kan?
Harap guru-guru kita tidak melenting... Wallahualam. -KedahNews.com