Bila "Ya Hanana" Jadi "Huk Aloh Laa"...

"Kreatif" betul orang-orang kelantan ini rupa-rupanya.

Lagu nasyid Ya Hanana sememangnya amat popular dan diminati oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Keindahan bait-bait nasyid ini sering kedengaran lagi-lagi suara lunak pelajar-pelajar tahfiz menyanyikannya dalam majlis-majlis ilmu dan majlis perkahwinan.

Namun lain pula cara yang dibawa oleh sebuah kumpulan 2NE1, yang membawa Ya Hanana versi Kelantan diberi judul “Huk Aloh Laa”.


Mula-mula dengar memang rasa nak ketawa tapi bila dah dengar  hingga habis rasa insaf pula.

Lirik yang diubah oleh Man Khan dan Lan Khan ini sememangnya penuh dengan kata-kata nasihat dan pengajaran.

Anda tonton dan dengarkan la sendiri lagu Ya Hanana Kelantan Versi “Huk Aloh Laa” ini!

Sumber asal: Mynewshub.cc