Breaking News: Gerakan Pro-Ulama PAS Lancar Serangan Balas?

Kemelut di dalam PAS semakin meruncing apabila golongan pro-ulama dikesan bingkas bangun menyerang balas golongan liberal yang semakin menguasai kepimpinan parti politik itu sejak kebelakangan baru-baru ini menerusi laman-laman sosial.

Antara yang rancak diserang kini ialah bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Selangor, Wan Ji Wan Hussin, yang sebelum ini dilabel sebagai "ulama" dan diberi jolokan "ustaz" oleh ramai penyokong liberal PAS.

Sekumpulan penyokong PAS pro-ulama yang agak vokal di laman Facebook yang dikenali sebagai "El-Haraki" mendedahkan bahawa Wan Ji tidak layak untuk digelar ulama.

Admin laman itu turut memuat naik sokongan Wan Ji terhadap seorang "ulama" Timur Tengah yang dikenali sebagai Dr Tareq Al-Suwaiban, yang dianggapnya sebagai ulama tersohor dunia sebelum ini.

Menurut El-Haraki, Tareq tidak layak dilabel sebagai ulama Islam sebenar berdasarkan beberapa fakta seperti berikut:
1 - Tariqa Suwaidan bukanlah seorang Ulamak

2 - Dia adalah jurutera petroleum

3 - Membesar di Amerika dan juga telah menetap di sana

4 - Dia bukanlah "Political Scientist"

5 - Tiada rekod dia buat kajian dalan sains politik atau terbit artikel sains politik dalam jurnal

6 - Tariq Suwaidan menyokong tindakan Bush yang menyerang dan memusnahkan Iraq pada Perang Teluk tajuk 1991

7 - Dia telah dipulau oleh komuniti Islam Amerika kerana sokongan terbuka itu.

8 - Dia ada saham dalam syarikat orang Malaysia misalnya AFBRAR, IIT di Amerika, Malaysia dan Timur Tengah.

Diyakini bahawa pendedahan tersebut dibuat supaya para penyokong PAS tidak mudah terpengaruh dengan hujah-hujah Wan Ji yang terkenal mencetus perbalahan dan pertikaian di kalangan ahli-ahli parti itu sebelum ini.

Sebelum ini, Wan Ji dikatakan pernah melabel Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din Al-Hafiz sebagai "ulama kepala lutut" berhubung kenyataan pemimpin ulama PAS itu yang tidak membenarkan kalimah "Allah" digunakan oleh golongan bukan Islam.

"Masalah sekarang, Harun Din pun dah berhujjah macam Umno....mengkafirkan orang dengan penilaian kepala lutut.....kepala lutut punya ulama", kata Wan Ji, yang dipetik dari laman pro-PAS, tranungkite.net. -KedahNews.com