Buku Resepi Berasaskan 'Kondom'?


Tahukah anda selain menjadi alat pencegah kehamilan, ‘kondom’ boleh digunakan dalam pelbagai hidangan masakan?

Di sini Kedahnews.com ingin berkongsi mengenai sebuah buku resepi yang diterbitkan oleh sebuah syarikat di negara Jepun  bertajuk ‘Condom Meals I Want To Make For You’. ( Hidangan Kondom Saya mahu Sediakan Untuk Anda)

Apa yang menarik untuk diperkatakan ialah buku resepi tersebut mendapat sambutan diluar jangkaan oleh para penggemar buku masakan di serata pelusuk dunia.


Dalam buku masakan tersebut mengandungi 11 jenis masakan berasaskan kondom yang pertama kali diterbitkan di dunia.

Menurut salah seorang penulis dalam buku resepi berkenaan, Kyosuke Kagami menyifatkannya bersama beberapa penulis lain adalah bertujuan meningkatkan kesedaran kepada masyarakat khususnya di Jepun mengenai  tindakan mengadakan hubungan kelamin dengan selamat.

Tambahnya lagi, kebanyakkan masyarakat di Jepun sering mengabaikan keselamatan semasa menjalankan hubungan intim sehinggakan peningkatan pesakit HIV di negara berkenaan semakin meningkat.

Dengan adanya buku resepi ini, Kagami berharap masyarakat di sana akan lebih mementingkan keselamatan sekiranya ingin menjalinkan hubungan intim bersama pasangan mereka.

Apa yang menarik para pelanggan yang berasa malu untuk mendapatkan buku ini di pasaran, syarikat turut menyediakan muat turun di laman e-book dengan harga $3.61 atau RM11.76 sen. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor