Bumiputera Malas - Tun Mahathir


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan masyarakat Bumiputera (bangsa Melayu termasuk Sabah dan Sarawak) sangat malas berbanding masyarakat bukan bumiputera di negara ini.

Justeru itu, Tun M mahu golongan ini tidak meyalahkan pihak kerajaan seandainya sasaran 30% pemilikan ekuiti Bumiputera dalam ekonomi menjelang tahun 2020 tidak berjaya dilaksanakan oleh pihak kerajaan pusat.

Jelasnya lagi, seharusnya golongan ini mengambil peluang terhadap pelnagai kemudahan dan keistimewaan yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka bagi membantu dalam memajukan diri dalam pelbagai bidang.

"Kita tidak boleh menyalahkan orang lain dan mengharapkan mereka mengurangkan usaha demi kepentingan kita, sebaliknya kita kena betulkan diri dan berusaha lebih daripada kaum-kaum lain untuk berjaya," katanya dipetik dari Malaysian Insider.

Tambah Tun M lagi, golongan Bumiputera sewajarnya mengambil peluang-peluang yang diberikan oleh kerajaan bagi menjalankan kegiatan khususnya dalam bidang ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup namum ia jelas di sia-siakan oleh mereka.

"Sebagai contoh, kerajaan pernah memberikan projek pembinaan kelas-kelas komputer di sekolah kepada kontraktor Melayu tetapi mereka menjual projek itu kepada orang lain," ujarnya ketika menghadir sesi soal jawab pada Ceramah Perdana Bersama Pemikir Ulung Negara, anjuran Gabungan Pesara-Pesara Melaka.

Selain itu juga, Tun M menegaskan konsep berkongsi kuasa politik dan ekonomi yang telah dijalankan oleh para pemimpin terdahulu dilakukan bagi menjaga keamanan dan kemakmuran penduduk di negara ini.

Namum begitu, Tun M menyifatkan tindakan yang dilakukan oleh sesetangah kaum menopoli pelbagai bidang di dalam negara ini boleh membawa kepada permusuhanan kaum di antara penduduk di Malaysia. –KedahNews,.com/Mohd Shahir Shukor