Kuala Lumpur - Sukar hendak menggambarkan sikap orang kita yang apabila keluar berbelanja, tolak troli ke kereta kemudian meninggalkannya merata tempat atau apabila menaiki kereta api, nampak penumpang yang memerlukan tempat duduk tapi buat tak endah.
Paling kerap dilihat ialah sikap tidak menghiraukan pengguna lain apabila meletakkan kereta bertindih (double parking) di kawasan sesak.
Biarpun sukar diterima tetapi begitulah sikap orang kita. Apakah kita sukar untuk mengubahnya atau memerlukan satu paksaan supaya sikap itu tidak lagi menjadi amalan.
Tinjauan di beberapa lokasi di ibu negara mendapati golongan seperti itu dipercayai bersikap seolah-olah tiada pengguna lain selain dirinya apabila meletakkan kenderaan secara bertindih dan mereka 'gemar' meninggalkan troli di merata tempat selepas menggunakannya.
Sikap begini terbukti apabila penumpang wanita yang menaiki ERL memuatnaik gambar menyusukan anaknya atas lantai kereta api itu apabila hendak pulang kerja di Facebook.
Masalah tak endah ini berlaku ke atas Wan Noor Shila Mior Sharifuddin, 30, yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Nilai dari KL Sentral ke stesen Salak Tinggi, pada 6.30 petang, 9 Oktober lalu.
Wan Noor Shila dipetik sebagai berkata: "Setibanya di Stesen Bandar Tasek Selatan, anak meragam dan mula menangis mahu menyusu, mahu atau tidak saya duduk di lantai sambil menyusukan anak.
"Kebayakan duduk di kerusi adalah orang muda dan mereka sedikit pun tidak simpati dengan keadaan dan kesusahan saya yang mempunyai anak kecil."
Mengulas mengenai perkara itu, bekas Pengarah Institusi Sosial Malaysia (ISM) dan Presiden Lembaga Kaunselor Profesional Malaysia, Prof Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din, berkata sikap segelintir masyarakat itu boleh diklasifikasikan sebagai tidak prihatin, mementingkan diri sendiri dan seolah-olah berada dalam dunia sendiri.
"Mereka ini saya andaikan berfikir secara `asalkan dapat dan untung'. Sebagai contoh dalam institusi kekeluargaan apabila seorang anak hanya bergantung kepada ibu bapa dalam segala aspek. Segala perkara diingini akan dipenuhi ibu bapa dan apa yang dimahukan itu akan mudah diperoleh.
"Sikap `mudah dapat' itu dijadikan sebagai budaya dan diterapkan dalam kehidupan mereka terutama di kalangan belia. Dengan itu, berlaku `asal dapat dan untung'," katanya.
Fadzil berkata, dia tidak menafikan kes membabitkan masyarakat tidak prihatin itu semakin bertambah teruk walaupun sebelum ini pelbagai kempen kesedaran sering dilakukan.
"Keadaan ini akan memberi kesan pada masa akan datang termasuk masalah sosial semakin berleluasa, nilai sosial akan bertambah teruk dan ia akan memberi kesan kepada sistem kekeluargaan.
"Negara akan mengalami kemusnahan daripada aspek nilai, sikap dan amalan iaitu amalan anti-sosial jika tidak dibendung daripada awal," katanya.
Katanya, kerajaan perlu mewujudkan dasar sosial negara yang lebih komprehensif yang boleh membawa perubahan kepada sistem sosial di negara ini.
"Dasar itu perlu dilaksanakan segera untuk mencapai negara maju menjelang 2020," katanya. -myMetro