Sebelum ini kecoh di laman-laman sosial menyebarkan cerita kononnya pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) memantau penggunaan semua telefon pintar di negara ini.
Kata sumber yang tidak bertanggungjawab itu, PDRM menggunakan kaedah pemantauan nombor siri IMEI terhadap telefon pintar milik semua penggunanya.
Justeru itu, pihak PDRM tampil membuat kenyataan menafikan sekeras-kerasnya penyebaran cerita tidak benar itu menerusi akaun laman Facebook rasminya.
"Maklumat yang disebarkan melalui aplikasi Whatsapp yang mendakwa bahawa
pihak berkuasa sedang memantau nombor IMEI telefon bimbit pintar adalah
TIDAK BENAR sama sekali," kata Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat), ACP Datin Asmawati Ahmad.
Asmawati turut menasihatkan orang ramai agar tidak cepat terpengaruh atau percaya kepada dakwaan tidak berasas dan terbukti benar.
Katanya, sikap tidak bertanggungjawab menyebarkan cerita palsu sebegitu mampu mencetus kerisauan serta menghakis keyakinan dan menimbulkan kekeliruan rakyat Malaysia terhadap pihak berkuasa.
"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah percaya atau menyebarkan
maklumat yang tidak sahih kerana ia berupaya menimbulkan kekeliruan dan
kegusaran di kalangan masyarakat," katanya lagi.