Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan insiden beberapa wanita
dirompak dan ditikam sehingga mendatangkan kematian di Pudu Sentral,
Bukit Bintang dan KLCC oleh satu kumpulan sindiket yang disiarkan
Channel News Asia (CNA) selain disebarkan melalui WhatsApp dan media
sosial adalah tidak benar.
Perkara itu ditegaskan Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara
(KPN) Datin Asmawati Ahmad yang menyatakan tiada kes sedemikian
dilaporkan berlaku di sekitar ibu kota Kuala Lumpur.
Menurutnya, maklumat palsu itu pernah disebarkan pada bulan Julai 2012 dan Julai 2014.
"Kini ia kembali dihebahkan bertujuan untuk mendatangkan ketakutan kepada orang ramai. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mempercayai berita sensasi yang disebarkan melalui media sosial yang tidak dapat dipastikan kesahihannya," katanya dalam kenyataan ringkas kepada Harian Metro di sini.

Katanya, sekiranya berlaku sebarang kecemasan, sila hubungi talian hotline PDRM di 03-2031 9999, 03-2266 3333 atau 999. -myMetro