MASA pantas berlalu dan siapa sangka kurang dua minggu
sahaja lagi pelakon jelita, Rozita Che Wan dijangka melahirkan cahaya
mata pertama hasil perkahwinan kedua bersama aktor, Zain Saidin.
Bukan sahaja pasangan bahagia ini, malah keterujaan menyambut kelahiran ini turut dirasai seluruh peminat setia mereka.
Berkongsi pengalamannya, aktres yang mesra disapa Che Ta ini mengakui biarpun teruja dia turut merasa berdebar menanti saat melahirkan nanti.
“Walaupun sebelum ini ada pengalaman, tetapi ia berlaku kira-kira 16 tahun yang lalu. Mungkin saya juga sudah lupa rasa sakit untuk melahirkan.
“Perasaan teruja itu memang ada, tambahan pula kali ini kami bakal menimang bayi perempuan dan saya memang tidak sabar menunggu saat itu,” ujarnya.
Menarik mengenai kehamilannya kali ini, pasangan romantis ini telah memberikan kepercayaan kepada pihak Astro merakamkan saat-saat indah menyambut cahaya mata mereka menerusi program Pureen Chak Chak.
“Dalam soal ini kami tidak ada sebarang syarat kerana kami percaya pihak produksi tahu had mereka.
“Kalau diikutkan paparan visual yang akan diambil tidaklah terlalu terperinci, jadi ia tidak beri sebarang masalah kepada kami.
“Walaupun tidak terlalu banyak, tapi inilah peluang kami berkongsi kebahagiaan ini bersama peminat,” tuturnya.
Pada masa yang sama, Che Ta turut mendedahkan dirinya sering mengamalkan membaca surah Mariam dan Yusuf sebagai persediaan dalam proses kelahiran.
“Saya rasa amalan ini memang semua wanita amalkan dan saya harap semuanya akan dipermudahkan.
“Selain itu, salah seorang teman saya ada belikan akar bunga Fatimah dari Makkah dan dia cadangkan saya untuk minum air rebusannya ketika sudah sampai masa proses melahirkan,” katanya. -Sinar Harian