Belum lagi sejuk kisah program I Want To Touch A Dog yang diadakan
pada 19 Oktober lepas yang mencetuskan ketegangan di media perdana dan
media sosial, dunia internet digemparkan lagi oleh gambar-gambar guru
dari sebuah sekolah yang memegang katak.
Katak yang dipegang dilihat seperti sudah disiang dan siap untuk dipanggang.
Menurut pihak tidak bertanggungjawab, gambar itu disebarkan sejak
semalam dan ia dikatakan pesta makan katak yang dianjurkan oleh sebuah
sekolah.
Tindakan jahat pihak berkenaan dikecam hebat oleh seorang daripada
keluarga pelajar sekolah itu yang memaklumkan bahawa sebenarnya ia
adalah satu program demonstrasi cara survival yang dianjurkan oleh
Pasukan Gerakan Am (PGA) di sekolah berkenaan yang tidak didedahkan.
Ada pihak juga tampil dan memberi penjelasan tentang apa sebenarnya berlaku di sekolah berkenaan.
“Assalamualaikum admin sstv (sukan star tv).. mohon jasa baik
admin untuk remove pasal makan katak tu.. sebenarnya ia program
demomstarsi ikhtiar hidup yg dijalankan oleh pasukan gerakan am (PGA) di
sekolah.
“Tiada sebarang program makan katak berlaku. Gambar tu sekadar pose dari guru itu,” kata pihak berkenaan.
Individu yang bertindak menyebarkan gambar ini pastinya inginkan
publisiti ekoran berjaya mendedahkan konon-kononnya satu kepincangan
dalam masyarakat padahal tindakannya akan membuatkan keadaan menjadi
lebih buruk apabila ia disalah tafsir.
Sumber: Mynewshub.my