Jarang dah kedengaran semenjak kebelakangan ini, pengguna di laman sosial mengutuk negeri-negeri di Malaysia dan penduduknya.
Hari ini, seorang pengguna twitter dengan nama Helmi Halim dengan
akaun @_emint_ membuat gurauan tetapi ia dianggap sebagai satu
penghinaan ke atas negeri Melaka.
Dia memulakan gurauan dengan tweet berserta hashtag #SatuMalaysiaBenciMelaka.
Tweet Helmi kemudian mempersoalkan pula adakah dalam kalangan rakyat
Malaysia yang menyukai negeri Melaka sambil mengata rakyat negeri
bersejarah itu.
“Ada ke rakyat Malaysia suka negeri Melaka? Rakyat dah lah hitam, 24 jam pulak tu mencarut,” katanya.
Tweet berkenaan mendapat kecaman di laman sosial dan sampai ada yang
mahu memandikan individu itu dengan kuah asam pedas iaitu makanan yang
popular di negeri itu.
Kisahnya, Helmi itu hanya bergurau dengan rakannya dalam twitter
mereka yang dikatakan peribadi tetapi tweet kontroversi itu telah
dikongsikan dan disebarkan ke laman sosial lain termasuk Facebook.
Pelbagai persepsi diberikan kepadanya sehingga ada yang mengatakan
dia benci kepada negeri Melaka kerana kecewa dengan gadis Melaka.
Ada juga ramai yang begitu marah dengan tweet berkenaan dan mempersoalkan kenapa Helmi begitu membenci negeri itu.
Sudahnya, Helmi akhirnya menulis tweet yang berbunyi sesalan apabila
ada pengguna twitter menghasilkan hashtag #DontMessWithMelaka dan
berjanji tidak akan menulis tweet seperti itu lagi.
Sumber: Mynewshub.cc